Karangan UPSR 2

Hobi Saya - Membaca Buku

   Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Setiap orang mempunyai hobi sendiri. Begitu juga dengan saya.

   Hobi saya ialah membaca buku. Sejak saya kecil, ibu saya selalu membacakan buku cerita untuk saya setiap hari. Ibu juga membawa saya ke perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumah. Sejak itu, saya menjadikan membaca sebagai hobi saya.

   Ibu bapa saya menggalakkan saya supaya membaca setiap hari. Mereka bukan sahaja membeli pelbagai bahan bacaan untuk saya tetapi juga sering membawa saya ke pameran buku. Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih bahan bacaan yang saya suka.

   Saya selalu meminjam buku dari perpustakaan. Kadang-kadang, saya akan bertukar-tukar buku cerita dengan kawan saya. Ini dapat mengeratkan hubungan kami dan tidak perlu menyusahkan ibu bapa untuk membeli buku cerita kepada saya.

   Sesunguhnya, membaca adalah satu tabiat yang baik dan berfaedah. Dengan membaca, saya dapat menulis karangan dengan baik. Membaca yang dapat menghiburkan hati dan merehatkan minda selepas penat belajar.

   Kesimpulannya, saya akan mengamalkan hobi ini untuk selama-lamanya kerana memberikan banyak faedah kepada saya.

评论

发表评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1