Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Aktiviti kokurikulum termasuklah tiga kategori iaitu badan beruniform, sukan dan persatuan. Terdapat banyak kebaikan jika kita mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Salah satu kebaikan aktiviti kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah . Hal ini demikian kerana murid-murid sibuk berlatih di sekolah pada hujung minggu. Oleh itu, mereka tidak akan terlibat dalam gelaja negatif seperti bergaduh, merokok, ponteng sekolah dan sebagainya. Selain itu, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan apabila menyertai aktiviti kokurikulum. Jika murid-murid menyertai badan beruniform pengakap, mereka akan mendapat pengalaman baharu, seperti mendirikan khemah, memasak dan sebagainya. Pengalaman tersebut merupakan ilmu yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas. Tambahan pula, aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan . Apabila mur