Karangan UPSR 9

 Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

        Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Aktiviti kokurikulum termasuklah tiga kategori iaitu badan beruniform, sukan dan persatuan. Terdapat banyak kebaikan jika kita mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.

        Salah satu kebaikan aktiviti kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Hal ini demikian kerana murid-murid sibuk berlatih di sekolah pada hujung minggu. Oleh itu, mereka tidak akan terlibat dalam gelaja negatif seperti bergaduh, merokok, ponteng sekolah dan sebagainya. 

        Selain itu, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan apabila menyertai aktiviti kokurikulum. Jika murid-murid menyertai badan beruniform pengakap, mereka akan mendapat pengalaman baharu, seperti  mendirikan khemah, memasak dan sebagainya. Pengalaman tersebut merupakan ilmu yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas.

        Tambahan pula, aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila murid-murid menyertai badminton, mereka perlu menjalankan latihan dan badan akan berpeluh. Ini dapat mencergaskan tubuh badan dan mencerdaskan minda. Bak kata pepatah ‘badan cergas, otak cerdas’.  

        Di samping itu, aktiviti kokurikukum dapat membentuk disiplin dan memupuk nilai murni. Murid-murid dapat belajar menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan. Murid-murid juga akan  melahirkan sikap nilai murni dalam diri sendiri seperti sikap bekerjasama, bantu-membantu dan hormati-menghormati antara satu sama lain.

        Tuntasnya, aktiviti kokurikulum sangat penting kepada murid-murid. Oleh itu, semua murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1