博文

目前显示的是 三月, 2019的博文

Karangan UPSR 7

Faedah-faedah Mengikuti Kelas Tambahan    Kelas Tambahan merupakan kelas pengajran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu persekolahan atau cuti sekolah. Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah yang diperolehi apabila mengikuti kelas tambahan.   Melalui kelas tambahan, murid-murid akan dapat menambahkan dan mengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari di sekolah. Sebagai contoh, mereka akan semakin faham topik sesuatu mata pelajaran kerana guru banyak latihan. Kesannya, murid-murid akan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.   Selain itu, murid-mirid akan dapat meningkatkan kemahiran menjawab soala peperiksaan. Dalam kelas tambahan, guru akan mendedahkan kepda murid-murid teknik-teknik menjawab soalan. Guru akan memberi contoh jawapan yang lengkap dan sesuai dengan soalan. Oleh itu, murid akan mahir menjawab soalan.    Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakin

Karangan UPSR 6

Cara-cara Mendapat Keputusan Cemerlang    Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya.    Bagi mendapat keputusan yang cemerlang, kita perlulah tekun belajar. Contohnya, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Dengan itu, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.    Selain itu, kita juga harus mengulang kaji pelajaran setiap hari. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit, jika kita membuat ulang kaji secara berterusan, sudah pasti kita tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.   Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan pada hujung minggu. Hal ini demikian kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan memberi penekaan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman kita terhadap topik tersebut akan meningkat.   Di samping itu, kita juga perlu

Karangan UPSR 5

Aku Sebuah Basikal    Aku sebuah basikal yang berjenama BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur.  Badan aku diperbuat daripada besi dan berwarna ungu.    Setalah siap dipasang, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai basikal di Selangor. Aku dipamerkan di hadapan kedai. Harga aku ialah RM450. Setiap hari, ramai orang lalu-lalang di kedai itu.    Pada suatu hari, seorang perempuan dan anaknya singgah di kedai untuk membeli basikal. Mereka tertarik dengan kecantikan aku. Selepas itu, mereka pun membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumah.    Tuan aku bernama Alvin. Dia ialah murid tahun lima. Setiap hari, tuan aku akan mengayuh aku ke sekolah. Pada waktu petang, dia mengayuh aku ke taman permainan bersama kawan-kawannya. Tuan aku sentiasa mengayuh aku dengan cermat.    Pada hari minggu, tuan aku akan mencuci badan aku dengan air sabun. Selepas itu, dia menggilap badanku sehingga berkilat. Pada waktu malam, tuan aku akan mengunci aku

Karangan UPSR 3

Orang yang Paling Saya Hormati Setiap orang mempuyai orang yang paling dihormatinya. Begitu juga dengan saya. Orang yang paling saya hormati ialah ibu saya.    Ibu saya bernama Siti. Beliau berumur 38 tahun. Ibu saya berbadan tinggi dan sangat cantik walaupun sudah berusia. Ibu saya bekerja sebagai kerani yang rajin bagai lebah dan bertanggungjawab.    Ibu saya ialah seorang yang paling saya hormati bukan sahaja kerana sikapnya yang rajin tetapi juga sikap baik hati beliau. Ibu gemar menolong orang yang memerlukan pertolongan. Oleh itu, semua penghuni di kawasan perumahan saya suka akan ibu saya.    Selain itu, saya amat hormat akan ibu kerana beliau mengambil berat tentang pelajran saya dan adik. Beliau sentiasa membimbing kami dalam menyaiapkan kerja sekolah ketika kami menghadapi masalah. Apabila kami mendapat keputusan yang baik, beliau akan memuji kami ialah budak yang bijak.    Walaupun sibuk, ibu selalu meluangkan masa untuk menemani kami sekeluarga. Pada ma

Karangan UPSR 2

Hobi Saya - Membaca Buku    Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Setiap orang mempunyai hobi sendiri. Begitu juga dengan saya.    Hobi saya ialah membaca buku. Sejak saya kecil, ibu saya selalu membacakan buku cerita untuk saya setiap hari. Ibu juga membawa saya ke perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumah. Sejak itu, saya menjadikan membaca sebagai hobi saya.    Ibu bapa saya menggalakkan saya supaya membaca setiap hari. Mereka bukan sahaja membeli pelbagai bahan bacaan untuk saya tetapi juga sering membawa saya ke pameran buku. Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih bahan bacaan yang saya suka.    Saya selalu meminjam buku dari perpustakaan. Kadang-kadang, saya akan bertukar-tukar buku cerita dengan kawan saya. Ini dapat mengeratkan hubungan kami dan tidak perlu menyusahkan ibu bapa untuk membeli buku cerita kepada saya.    Sesunguhnya, membaca adalah satu tabiat yang baik dan berfaedah. Dengan membaca, saya dapat menulis kara

Ulasan UPSR 8

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang Bahan grafik di bawah menunjukkan ciri-ciri pelajar cemerlang. Menjadi pelajar cemerlang merupakan impian semua pelajar.    Antaranya, ciri pelajar cemerlang ialah mencapai cemerlang dalam akademik. Mereka sentiasa mengutamakan pelajaran dan bijak menguruskan masa belajar supaya mendapat keputusan yang baik. Selain itu, pelajar cemerlang juga mengutamakan disiplin diri. Mereka akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Seterusnyaa, pelajar cemerlang turut aktif dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menyertai kelab, persatuan dan sukan yang diadakan di sekolah. Akhir sekali, pelajar cemerlang juga mempunyai sasiah diri yang baik seperti jujur dan menghormati orang yang lebih tua.    Kesimpulannya, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi pelajar cemerlang.

Ulasan UPSR 7

Cara-cara untuk Menjaga Kebersihan Makanan Kebersihan makanan sangat penting kepada semua orang. Terdapat beberapa cara untuk menjaga kebersihan makanan.    Pertama, kita perlulah mencuci tangan dengan menggunakan sabun sama ada sebelum menyediakan makanan atau sebelum dan selepas makan. Selain itu, kita mestilah mencuci sayur-sayuran, ikan atau daging sebelum dimasak. Hal ini demikian untuk menghilangkan kuman dan kotoran yang terlekat padanya. Di samping itu, kita hendaklah menutup makanan yang terhidang dengan menggunakan tudung saji supaya makanan tidak dihinggapi oleh lalat. Akhirnya, kita juga haruslah memakai penutup kepala dan apron yang sesuai ketika menyediakan hidangan.    Kesimpulannya, tabiat menjaga kebersihan makanan wajar diamalkan oleh setiap orang demi kesihatan.

Ulasan UPSR 6

Faedah Membaca Gambar di atas menunjukkan poster amalan membaca. Amalan membaca mendatangkan banyak faedah.    Antaranya, membaca boleh menambah ilmu pengetahuan untuk cemerlang dalam bidang pembelajaran. Selain itu, melalui amalan ini kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Dengan itu, kita dapat menghindari diri daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Seterusnya, melalui membaca, kita juga mendapat maklumat yang terkini supaya kita tidak menjadi "katak di bawah tempurung". Akhirnya, isi kandung bacaan yang menarik boleh menghiburkan hati kita.    Kesimpulannya, kita haruslah memupuk minat membaca kerana mempunyai banyak faedah.

Ulasan UPSR 5

Cara-cara Memupuk Keluarga Bahagia. Gambar di bawah menunjukkan cara-cara memupuk keluarga bahagia. Terdapat beberapa cara untuk memupuk keluarga bahagia.    Antaranya, setiap anggota keluarga mesti menjalankan peranan masing-masing. Contohnya, bapa bekerja dan anak-anak belajar bersungguh-sungguh. Selain itu, ibu bapa harus mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak agar mereka dapat membesar dengan sempurna. Di samping itu, ibu bapa juga perlu memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak supaya mereka berasa lebih yakin dalam membuat sesuatu. Akhirnya, ibu bapa hendaklah menjadi pendengar yang baik. Hal ini demikian kerana anak-anak berpeluang meluahkan perasaan mereka kepada ibu bapa.    Kesimpulannya, setiap ahli dalam keluarga perlulah memainkan peranan untuk membentuk keluarga yang bahagia.

Ulasan UPSR 4

Cara untuk Mencegah Nyamuk Aedes Gambar di atas menunjukkan poster mencegah nyamuk aedes. Terdapat beberapa cara untuk mencegah nyamuk aedes.    Antaranya, kita harus membuat pemeriksaan rumah. Sebagai contoh, kita boleh mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasn rumah. Selain itu, kita mestilah tidur di dalam kelambu untuk menghindari nyamuk aedes. Seterusnya, tingkap rumah hendaklah dipasang jaring supaya nyamuk tidak masuk ke rumah. Akhir sekali, tempat-tempat pembiakan nyamuk mestilah dimusnahkan dengan menggunakan bahan pembunuh jejentik untuk mencegah nyamuk daripada bertrlur di dalam air.   Kesimpulannya, kita perlu berusaha untuk mencegah nyamuk aedes demi kesihatan kita.

Ulasan UPSR 3

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar Gambar di atas menunjukkan kepentingan menjaga alam sekitar. Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.    Alam sekitar yang bersih akan menarik para pelancong. Kedatangan para pelancong akan memajukan sektor perniagaan negara. Selain itu, kita dapat menghirup udara yang segar dan bersih. Dengan menjaga alam sekitar, pencemaran air dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana sungai merupakan sumber air kita. Di samping itu, menjaga alam sekitar juga dapat mencantikkan pemandangan. Sebagai contoh, kita boleh menanam pokok bunga di kawasan perumahan.    Kesimpulannya, kita harus menjaga alam sekitar kerana alam sekitar ialah sumber keperluan hidup kita.

Ulasan UPSR 2

Amalan Gaya Hidup Sihat Gambar di atas menunjukkan amalan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat sangat penting kepada manusia.    Kita hendaklah bersenam untuk mengeluarkan peluh. Hal ini demikian kerana bersenam bukan sahaja mencergaskan badan, malah dapat mencerdaskan otak. Selain itu, kita perlu mandi untuk membersihkan kekotoran pada badan. Seterusnya, kita juga perlu bergotong-royong untuk membersihkan kawasan pesekitaran rumah. Tindkan ini dapat menghapuskan pembiakan nyamuk aedes. Akhir sekali, kita mesti makan makanan yang seimbang agar dapat mengelakkan diri daripada penyakit seperti diabetes dan obesiti.     Kesimpulannya, kita harus mengamalkan amalan gaya hidup sihat untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.

Ulasan UPSR 1

Cara-cara Menjaga Kesihatan ketika Cuaca Panas Gambar di atas menunjukkan poster cara-cara menjaga kesihatan ketika cuaca panas. Terdapat beberapa cara boleh diambil untuk penjagaan kesihatan.      Antaranya, kita harus minum lebih banyak air kosong kerana tubuh kita akan berasa lesu dalam keadaan cuaca panas. Selain itu, kita harus membawa payung atau memakai topi sebagai pelindung untuk melindungi diri daripada bahang matahari. Seterusnya, kita mestilah mengurangkan aktiviti luar yang menyebabkan perpeluhan yang banyak ketika musim panas. Akhir sekali, kita harus memastikan pendingin hawa atau kipas dipasang supaya suhu dapat dikawal.     Kesimpulannya, kita haruslah bijak menghadapi cuaca panas agar tidak mendatangkan pelbagai masalah.

Karangan UPSR 1

Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa 报答父母的方法     Ibu bapa merupakan orang yang paling berjasa dalam hidup kita. Mereka mendidik kita dan memberi perlindungan kepada kita. Justeru ( 就因为这样 ), kita mestilah membalas jasa ibu bapa.      Sebagai anak, kita perlu mendengar nasihat ibu bapa . Janganlah kita menyakiti hati ibu bapa. Sebagai contoh, kita perlu mengelakkan amalan yang buruk seperti berjudi, merokok, ponteng sekolah dan sebagainya.      Selain itu, kita perlu belajar bersungguh-sungguh . Kejayaan kita  dalam pelajaran merupakan hadiah kepada ibu bapa. Sesungguhnya ( 其实 ), setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran.      Satu lagi cara untuk membalas jasa ibu bapa ialah menolong ibu bapa melakukan kerja rumah . Hal ini demikian kerana ibu bapa sibuk bekerja di luar. Dengan itu, kita dapat mengurangkan beban ( 负担 ) ibu bapa.       Di samping itu, kita juga harus menghormati dan memberi kasih sayang kepada ibu bapa . Contohnya, kita boleh membuat kad