Karangan UPSR 7

Faedah-faedah Mengikuti Kelas Tambahan

   Kelas Tambahan merupakan kelas pengajran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu persekolahan atau cuti sekolah. Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah yang diperolehi apabila mengikuti kelas tambahan.

  Melalui kelas tambahan, murid-murid akan dapat menambahkan dan mengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari di sekolah. Sebagai contoh, mereka akan semakin faham topik sesuatu mata pelajaran kerana guru banyak latihan. Kesannya, murid-murid akan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

  Selain itu, murid-mirid akan dapat meningkatkan kemahiran menjawab soala peperiksaan. Dalam kelas tambahan, guru akan mendedahkan kepda murid-murid teknik-teknik menjawab soalan. Guru akan memberi contoh jawapan yang lengkap dan sesuai dengan soalan. Oleh itu, murid akan mahir menjawab soalan.

   Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid dalam menghadapi peperiksaan. Mereka telah membuat soalan yang hampir sama. Justeru, mereka akan berasa yakin semasa menjawab soalan dalam peperiksaan.

  Di samping itu, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak nakal. Ini dapat menghalang mereka terlibat dalam gejala sosial seperti bergaduh, merokok, berjudi dan sebagainya.

   Kesimpulannya, kelas tambahan mendatangkan banyak faedah kepada kita. Oleh itu, setiap murid haruslah mengikuti kelas tambahan.


评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1