Ulasan UPSR 7
Cara-cara untuk Menjaga Kebersihan Makanan
Kebersihan makanan sangat penting kepada semua orang. Terdapat beberapa cara untuk menjaga kebersihan makanan.
Pertama, kita perlulah mencuci tangan dengan menggunakan sabun sama ada sebelum menyediakan makanan atau sebelum dan selepas makan. Selain itu, kita mestilah mencuci sayur-sayuran, ikan atau daging sebelum dimasak. Hal ini demikian untuk menghilangkan kuman dan kotoran yang terlekat padanya. Di samping itu, kita hendaklah menutup makanan yang terhidang dengan menggunakan tudung saji supaya makanan tidak dihinggapi oleh lalat. Akhirnya, kita juga haruslah memakai penutup kepala dan apron yang sesuai ketika menyediakan hidangan.
Kesimpulannya, tabiat menjaga kebersihan makanan wajar diamalkan oleh setiap orang demi kesihatan.
评论
发表评论