Ulasan UPSR 1

Cara-cara Menjaga Kesihatan ketika Cuaca Panas


Gambar di atas menunjukkan poster cara-cara menjaga kesihatan ketika cuaca panas. Terdapat beberapa cara boleh diambil untuk penjagaan kesihatan.

     Antaranya, kita harus minum lebih banyak air kosong kerana tubuh kita akan berasa lesu dalam keadaan cuaca panas. Selain itu, kita harus membawa payung atau memakai topi sebagai pelindung untuk melindungi diri daripada bahang matahari. Seterusnya, kita mestilah mengurangkan aktiviti luar yang menyebabkan perpeluhan yang banyak ketika musim panas. Akhir sekali, kita harus memastikan pendingin hawa atau kipas dipasang supaya suhu dapat dikawal.

    Kesimpulannya, kita haruslah bijak menghadapi cuaca panas agar tidak mendatangkan pelbagai masalah.

评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1