Ulasan UPSR 5

Cara-cara Memupuk Keluarga Bahagia.

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara memupuk keluarga bahagia. Terdapat beberapa cara untuk memupuk keluarga bahagia.

   Antaranya, setiap anggota keluarga mesti menjalankan peranan masing-masing. Contohnya, bapa bekerja dan anak-anak belajar bersungguh-sungguh. Selain itu, ibu bapa harus mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak agar mereka dapat membesar dengan sempurna. Di samping itu, ibu bapa juga perlu memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak supaya mereka berasa lebih yakin dalam membuat sesuatu. Akhirnya, ibu bapa hendaklah menjadi pendengar yang baik. Hal ini demikian kerana anak-anak berpeluang meluahkan perasaan mereka kepada ibu bapa.

   Kesimpulannya, setiap ahli dalam keluarga perlulah memainkan peranan untuk membentuk keluarga yang bahagia.

评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1