Karangan UPSR 5

Aku Sebuah Basikal

   Aku sebuah basikal yang berjenama BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur.  Badan aku diperbuat daripada besi dan berwarna ungu.

   Setalah siap dipasang, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai basikal di Selangor. Aku dipamerkan di hadapan kedai. Harga aku ialah RM450. Setiap hari, ramai orang lalu-lalang di kedai itu.

   Pada suatu hari, seorang perempuan dan anaknya singgah di kedai untuk membeli basikal. Mereka tertarik dengan kecantikan aku. Selepas itu, mereka pun membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumah.

   Tuan aku bernama Alvin. Dia ialah murid tahun lima. Setiap hari, tuan aku akan mengayuh aku ke sekolah. Pada waktu petang, dia mengayuh aku ke taman permainan bersama kawan-kawannya. Tuan aku sentiasa mengayuh aku dengan cermat.

   Pada hari minggu, tuan aku akan mencuci badan aku dengan air sabun. Selepas itu, dia menggilap badanku sehingga berkilat. Pada waktu malam, tuan aku akan mengunci aku di dalam garaj kereta agar tidak dicuri.

   Aku sangat berbesar hati kerana diriku dihargai. Aku akan berbakti kepada tuan aku sehingga akhir hayatku.

评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1