Karangan UPSR 3

Orang yang Paling Saya Hormati

Setiap orang mempuyai orang yang paling dihormatinya. Begitu juga dengan saya. Orang yang paling saya hormati ialah ibu saya.

   Ibu saya bernama Siti. Beliau berumur 38 tahun. Ibu saya berbadan tinggi dan sangat cantik walaupun sudah berusia. Ibu saya bekerja sebagai kerani yang rajin bagai lebah dan bertanggungjawab.

   Ibu saya ialah seorang yang paling saya hormati bukan sahaja kerana sikapnya yang rajin tetapi juga sikap baik hati beliau. Ibu gemar menolong orang yang memerlukan pertolongan. Oleh itu, semua penghuni di kawasan perumahan saya suka akan ibu saya.

   Selain itu, saya amat hormat akan ibu kerana beliau mengambil berat tentang pelajran saya dan adik. Beliau sentiasa membimbing kami dalam menyaiapkan kerja sekolah ketika kami menghadapi masalah. Apabila kami mendapat keputusan yang baik, beliau akan memuji kami ialah budak yang bijak.

   Walaupun sibuk, ibu selalu meluangkan masa untuk menemani kami sekeluarga. Pada masa lapang, ibu akan bercerita untuk menghiburkan hati kami. Beliau juga membawa kami sekeluarga berjoging di taman. Oleh itu, hubungan kami sekeluarga rapat seperti isi dengan kuku.

   Saya berasa bangga kerana mempunyai seorang ibu yang baik. Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa beliau.

评论

发表评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1