Karangan UPSR 6

Cara-cara Mendapat Keputusan Cemerlang

   Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya.

   Bagi mendapat keputusan yang cemerlang, kita perlulah tekun belajar. Contohnya, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Dengan itu, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.

   Selain itu, kita juga harus mengulang kaji pelajaran setiap hari. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit, jika kita membuat ulang kaji secara berterusan, sudah pasti kita tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.

  Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan pada hujung minggu. Hal ini demikian kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan memberi penekaan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman kita terhadap topik tersebut akan meningkat.

  Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Sebagai contoh, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan soalan tersebut.

   Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan supaya tidak mengecewakan harapan ibu bapa dan guru.


评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1