Karangan UPSR 8

 Pengalaman Pergi ke Pasar Malam


        Pada hari Sabtu yang lalu, ibu membawa saya dan adik berkunjung ke pasar malam. Pasar malam itu terletak berhampiran dengan (靠近) rumah saya. Oleh itu, kami berjalan kaki ke sana.

        Kami tiba di destinasi (目的地)pada pukul 8 malam. Suasana di sana sungguh riuh-rendah(热闹)dan terdapat ramai orang seperti ikan di dalam belat.(人山人海) Setiap orang sibuk memilih dan membeli barangan keperluan.

        Terdapat pelbagai jenis gerai di pasar malam. Antaranya gerai sayur-sayuran, gerai makanan, gerai baju dan sebagainya. Saya dapat mendengar suara penjual memanggil pelanggan manakala pembeli tawar-menawar harga barangan.

        Ibu pergi ke gerai sayur-sayuran untuk membeli sayur yang segar seperti sawi, lobak, tomato dan sebagainya. Selepas itu, kami pergi ke gerai baju. Saya menjadi rambang mata (眼花缭乱) apabila melihat baju yang sungguh cantik. Ibu telah membeli sehelai baju untuk saya dan adik.

        Kemudian, kami pergi ke gerai makanan untuk membeli makanan yang sedap. Saya telah membeli ayam goreng manakala adik telah membeli mee goreng. Ibu telah membeli beberapa cucuk sate untuk dibawa balik ke rumah.

        Pada 9:30 malam, kami pun bertolak pulang ke rumah. Saya berasa sungguh gembira dan berharap agar dapat pergi ke pasar malam pada minggu hadapan.


评论

此博客中的热门博文

Karangan UPSR 1

UPSR 乙组作文 2

UPSR 乙组作文 1